PM & Isteri Tiba Dari Luar Negara

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air pada Jumaat selepas melakukan lawatan kerja ke United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 7.45 malam tadi.

Lawatan Najib ke London adalah atas jemputan Putera Wales, Putera Charles bagi menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II, pada 13 Mei lalu.

Perdana Menteri juga telah melancarkan 'Rakan Barisan Nasional (BN) UK' (FBNUK) di Dewan Negara di sini dan kemudian menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Felda Global Ventures Holdings Bhd dan dua rakan strategiknya.

Perjanjian pertama mengenai Usahasama Strategik dengan Louis Dreyfus Commodities Asia Pte Ltd (LDCA) manakala yang kedua ialah MoU dengan Vitol S.A. bagi bekerjasama mengenai bekalan, dagangan antarabangsa, pemasaran, operasi logistik dan pengurusan risiko mengenai pelbagai komoditi, tidak termasuk minyak dan lelemak.

Di London, Najib juga mengadakan pertemuan dengan komuniti Malaysia di United Kingdom pada majlis 'Sepetang Bersama Perdana Menteri' yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London.

Pada 16 Mei, Najib berlepas dari London untuk lawatan kerja empat hari ke New York yang mana beliau mempunyai program yang padat, termasuk mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York (NYAS).

Najib juga menghadiri mesyuarat meja bulat perniagaan dengan pemimpin Fortune 500 Companies di Harvard Club New York dan bertemu tokoh perniagaan dan anggota politik terkemuka negara itu termasuk Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Thermal Energy Corporation, Jeremy P. Feakins dan Naib Presiden Eksekutif Motorola Solutions, Gene Delaney dan bekas Senator Amerika Syarikat Christopher Samuel 'Kit' Bond.

Dalam acara berasingan, Rosmah menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Pandu Puteri Amerika Syarikat, Anna Maria Chavez dan melawat New York Presbyterian Children's Hospital.

Selepas New York, Najib dan Rosmah berlepas ke Washington D.C. dengan pesawat khas menghadiri majlis konvokesyen anak lelaki mereka, Nor Ashman yang menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa dengan kepujian 'Magna cum Laude' dan memperoleh gred purata CGPA 3.71 daripada Georgetown University.

Perdana Menteri juga menghadiri majlis makan tengah hari dan sembahyang Jumaat bersama pelajar Malaysia dan kakitangan kedutaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan