PLKN Mungkin Diwajib Kepada Semua Pelajar Lepasan Sekolah Menengah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semua pelajar lepasan sekolah menengah mungkin akan diwajib untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa akan datang.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Dr Tiki Lafe berkata perkara itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan dibawa kepada kerajaan bagi mendapat persetujuan.

"MLKN juga akan meminta pandangan daripada anggota masyarakat. Sekiranya dipersetujui sekurang-kurangnya 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. "Dan kita akan mengkaji prasarana yang ada untuk menampung pelatih PLKN berkenaan jika perlu ditambah atau diperluas," katanya kepada pemberita ketika melawat Kem PLKN Hijrah, di sini, Khamis.

Katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, sambutan daripada ibu bapa serta individu untuk menyertai program berkenaan cukup memberangsangkan.

Beliau berkata pandangan negatif yang dilempar sebelum ini telah bertukar baik, dengan permohonan pelatih baru secara sukarela tidak kurang daripada 3,000 bagi setiap pengambilan.

Selain itu katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, PLKN banyak memberi kesan positif kepada pelatih.

Sebagai contoh, berdasarkan laporan berhubung perhimpunan Bersih di ibu negara baru-baru ini, tiada pelatih PLKN yang terlibat dengan perkara itu, katanya.

Beliau berkata program itu juga mungkin disertai ahli politik dari seluruh negara untuk melihat sendiri bagaimana PLKN dapat membantu golongan muda, dan secara tidak langsung memberi gambaran jelas kepada mereka yang terlibat bagi menangkis dakwaan buruk terhadap PLKN. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan