Mogok Lapar Satu Lagi Cubaan Rosak Program Tranformasi - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ancaman mogok lapar oleh sekumpulan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilihat sebagai satu lagi percubaan untuk merosak atau mengalih perhatian daripada program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyatakan demikian, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rakyat perlu memandang secara lebih luas dan lihat apa yang berlaku secara positif daripada menyentuh kes-kes, insiden dan isu individu yang akhirnya mencetuskan perpecahan.

"Melakukan mogok lapar atau tidak adalah keputusan mereka. Pada akhirnya kita akan patuhi undang-undang dan tidak ada perubahan.

"Anda perlu lalui proses biasa. Undang-undang baru (menggantikan ISA) perlu diwartakan, dan undang-undang baru itu juga menyatakan bahawa mereka yang didakwa sebelum ini tidak terjejas.

"Jadi saya fikir ini satu helah orang hendak mengalih perhatian atau merosakkan program transformasi Perdana Menteri," kata beliau semasa melancarkan Y-Avenue di Himpunan Sejuta Belia di sini, Jumaat. Menurut laporan media, sekumpulan tahanan ISA di Pusat Tahanan Kamunting mengancam mengadakan mogok lapar jika kerajaan tidak membebaskan mereka atau mendakwa mereka di mahkamah.

Mereka menuntut agar dibebaskan oleh kerana ISA sudah dihapuskan dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Sebelum ini, mereka mengadakan mogok lapar seminggu tetapi menamatkannya pada 18 Mei selepas menemui wakil-wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan