MAS Tawar Penerbangan Tambahan Sempena Cuti Sekolah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menawarkan sejumlah 20 penerbangan tambahan dan 16 penerbangan yang dinaik taraf ke pelbagai destinasi sempena cuti sekolah.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata penerbangan itu, yang bermula sekarang hingga 10 Jun 2012, beroperasi pada laluan popular seperti Phuket, Kuching, Miri, Kota Kinabalu, Alor Setar dan Kota Bahru.

"Penerbangan tambahan itu akan memberikan kapasiti tambahan sebanyak 3,660 tempat duduk sementara penerbangan naik taraf itu akan menawarkan tambahan 972 tempat duduk, menjadikan tambahan sebanyak 4,632 kerusi," katanya.

MAS berkata ia akan terus melihat kepada permintaan dan menambah kapasiti pada sektor-sektor yang memerlukannya.

Ia berkata tempahan boleh dibuat menerusi rangkaian pengedarannya seperti www.malaysiaairlines.com, pejabat jualan tiket, Facebook, pusat panggilan 24-jam di 1-300-88-3000 dan semua agen pelancongan terlantik. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan