KIMMA P.Pinang Nafi Terlibat Demostrasi Anjuran Perkasa 10 Mei Lepas

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang menafikan dakwaan Persatuan Malaysia Indian Voice Pulau Pinang, kononnya KIMMA terlibat dalam demonstrasi di kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), 10 Mei lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Pulau Pinang Faruk Raju Mohamed berkata pihaknya mahu pengerusi persatuan itu A.Sathiyemurthy menarik balik kenyataan dan laporan polis terhadap KIMMA serta memohon maaf secara terbuka terhadap kenyataannya itu yang disiarkan media baru-baru ini.

"Saya nafi KIMMA terlibat dalam protes ini. Kita tidak terlibat langsung... mereka menggunakan isu ini untuk mencetuskan salah faham di antara kaum...untuk menggugat keharmonian rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung dakwaan itu di Balai Polis Central, di sini.

Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Tamil melaporkan Sathiyemurthy mendakwa anggota politik KIMMA turut terlibat dalam demonstrasi di kediaman Lim dan turut melakukan upacara kematian Hindu dengan menggantung gambar Lim dengan kalungan bunga di hadapan pagar rumah pemimpin itu.

Faruk berkata pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya Sathiyemurthy enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataan serta laporan polis terhadap KIMMA.

Pada 10 Mei lepas, lebih 70 anggota Perkasa berhimpun secara aman di hadapan kediaman ketua menteri dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan