Cadangan Wajibkan Semua Lepasan SPM Sertai PLKN Perlu Diteliti - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteliti sebaik mungkin kerana ia membabitkan kos hampir RM1 billion setiap tahun.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM260 juta bagi melatih 120,000 pelatih setiap tahun.

"Kalau kita bersetuju dengan cadangan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) ini, ertinya kita akan membelanjakan empat kali ganda untuk melatih 500,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di PLKN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SM) Parlimen Bagan Datoh di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi MLK NDatuk Dr Tiki Lafe supaya pelajar lepasan sekolah menengah menyertai PLKN.

Beliau dilaporkan berkata jika cadangan itu dipersetujui sekurang-kurangnya 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata antara perkara yang perlu diteliti ialah adakah kem sedia ada mampu menampung pertambahan jumlah peserta.

Justeru itu, beliau meminta MLKN menyediakan satu memorandum untuk dikemukakan kepada Kabinet.

"Saya fikir cadangan ini harus diteliti dengan sebaik-baiknya dan jika pihak kerajaan bersetuju kita akan mencari jalan untuk memenuhi kehendak itu demi kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata jika kerajaan bersetuju dengan cadangan itu, ia mungkin dilaksanakan tahun depan memandangkan ia melibatkan penyediaan infrastruktur bagi menampung pertambahan peserta. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan