Batu, Telur, Botol Dilempar Di Ceramah Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Batu, telur dan botol air dilemparkan ke arah orang ramai semasa ceramah Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pantai Dalam, malam Khamis, mencederakan seorang warga emas dan seorang gadis berusia 12 tahun.

Warga emas cedera di bahagian dahi, manakala gadis itu patah pergelangan tangan.

Kedua-dua mereka diberi bantuan perubatan, kata Setiausaha Politik kepada Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sebuah kereta yang dimiliki Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad yang diletakkan di sepanjang jalan, telah dikelar tayarnya.

Terdahulu, apabila Nurul Izzah berucap, elektrik terpadam, katanya.

"Tetapi lontaran bermula apabila Anwar mula berceramah," katanya.

Fahmi berkata Nurul Izzah akan membuat laporan polis sebelum sidang akhbar pada tengah hari yang akan diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada Jumaat.

Ini adalah kali ketiga bahawa majlis Pakatan Rakyat terganggu.

Hujung minggu lalu, insiden yang sama berlaku di Merlimau dan Melaka.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan