Tony Fernandes Jadi Anggota Lembaga Pengarah Star Publications

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menganggotai Lembaga Pengarah Star Publications (Malaysia) Bhd sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa, Rabu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Star Tan Sri Dr Fong Chan Onn berkata:

"Fernandes ialah usahawan yang berpandangan jauh, yang sudah membangunkan jenama global dalam AirAsia, dan kami berharap dapat meneroka wawasan dan pendedahan beliau di peringkat antarabangsa untuk mengembangkan di Malaysia dan melepasinya."

Fernandes menggantikan Datuk Wira Syed Abdul Jaabar Syed Hassan yang tidak bertanding semula selepas berkhidmat hampir 15 tahun sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

"Ia merupakan satu penghormatan, dan saya tidak sabar lagi untuk menyumbang dalam apa sahaja cara yang saya mampu, ketika The Star mahu mengembangkan perusahaan daripada media cetak kepada syarikat media pelbagai saluran," kata Fernandes.

"Mereka baru-baru ini mengeluarkan beberapa produk menarik seperti ePaper dan iSnap, dan saya yakin banyak lagi dalam ruang digital yang menawarkan banyak peluang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan