Sultan Selangor Nasihat Pelajar UPM Tidak Terlibat Dalam Demonstrasi Jalanan

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihati pelajar universiti khususnya pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), agar tidak melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan.

Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM, bertitah demontrasi jalanan amat tidak bersesuaian dengan budaya di negara ini kerana perbuatan itu hanya mengundang pelbagai masalah kepada masyarakat.

"Adalah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai dan berarak di bandar-banda raya, ia akan mencetuskan hura-hara kerana akan ada yang bertindak mengikut emosi yang tidak terkawal," titah baginda pada majlis Gemilang Akademia UPM, di sini Rabu.

Titah baginda perbuatan tersebut mendedahkan pelajar kepada tindakan undang-undang seterusnya tuduhan di mahkamah dan tindakan dibuang universiti.

"Pelajar sepatutnya menumpukan perhatian di dewan kuliah atau di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersesuaian dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti.

"Kita perlu ingat bahawa ramai lagi pelajar yang tidak dapat peluang untuk belajar di universiti, oleh itu janganlah dipersiakan peluang yang ada itu dan menghampakan harapan ibu bapa serta keluarga," titah baginda.

Titah baginda lagi golongan pelajar merupakan aset negara dan kejayaan mereka merupakan kejayaan negara.

Meskipun hasrat kerajaan memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar universiti untuk melibatkan diri dengan politik dan berpersatuan, tetapi ia perlu dilakukan secara berhemah dengan mengambil kira kepentingan masyarakat dan mematuhi undang-undang pada setiap masa, titah baginda.

Sultan Sharafuddin berharap pelajar memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada di universiti bagi membangunkan kapasiti dan potensi diri untuk kemajuan bangsa dan negara.

"Jangan terikut-ikut dengan emosi kerana di mana pun pelajar berada, tingkah laku dan tindakan mencerminkan kewibawaan dan intergriti UPM sebagai institusi pendidikan tinggi yang dibanggakan," titah baginda.

Pada majlis itu Sultan Selangor berkenan menyampaikan Anugerah Fellowship Naib Canselor kepada 15 tenaga akademik yang cemerlang dalam perkhidmatan pengajaran penyelidikan dan inovasi serta perkhidmatan profesional.

Daripada 15 penerima itu, tiga dipilih untuk menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Naib Canselor.

Mereka ialah Prof Madya Dr Zeenathul Nazariah Allaudin dari Fakulti Perubatan Veterinar untuk kategori pengajaran, kluster sains tulen dan kesihatan; Prof Datuk Dr Yaakob Che Man dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan bagi kategori penyelidikan kluster sains dan teknologi makanan serta Prof Dr Fatimah Mohamed Arshad dari Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan untuk kategori perkhidmatan profesional. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan