PKR Kecam Kerajaan Saman Ambiga

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam tindakan kerajaan memfailkan saman terhadap 10 penganjur bersama perhimpunan Bersih 3.0 termasuk pengerusinya, Datuk S. Ambiga.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata hingga kini polis gagal membuktikan siapa pelaku yang menyebabkan 15 kenderaan hak milik kerajaan mengalami kerosakan.

"PKR mengutuk keputusan kerajaan untuk mendakwa Ambiga dan Jawatankuasa Pemandu Bersih bagi mendapatkan ganti rugi yang dilakukan oleh orang lain termasuk ejen provokasi.

"Hingga kini polis tidak tidak menyatakan siapa yang mengakibatkan kerosakan itu berlaku sebaliknya kerajaan memfailkan saman sivil kepada mereka," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Khamis.

Menerusi saman yang difailkan pada 15 April lalu, kerajaan menuntut ganti rugi khas RM122,000 atas dakwaan gagal mengawal perhimpunan haram pada 28 April lalu.

Kerugian tersebut terpaksa ditanggung oleh kerajaan ekoran kerosakan yang dialami ke atas 15 kenderaan hak milik kerajaan.

Selain Ambiga, kerajaan Malaysia selaku plaintif turut menamakan Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K. Arumugam, S. Arul Prakash, Wong Chin Huat, Dr. Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo sebagai pihak defendan.

Dalam pada itu Wan Azizah turut mempersoalkan nilai ganti rugi yang dituntut kerana tiada saksi bagi membuktikan kerosakan yang didakwa berlaku pada hari perhimpunan itu diadakan.

"Kemungkinan kerosakan dilakukan dengan sengaja bagi mewujudkan kerosakan yang lebih teruk agar kerugian besar boleh dilihat," dakwanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan