Mukhriz Bakal MB Kedah?

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk  Mukhriz Mahathir
Datuk Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR: Ketika Barisan Nasional sedang membuat persiapan untuk merampas Kedah, tumpuan diberikan kepada Datuk Mukhriz Mahathir yang akan mengetuai cabaran untuk mendapatkan negeri itu kembali daripada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan cakap-cakap politik ada sumber yang mendakwa Mukhriz bakal dilantik sebagai Menteri Besar kerana Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang berusia 48 tahun itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketika ini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ahli Parlimen Jerlun.

Kepentingan untuk memilih calon Barisan Nasional yang layak untuk memegang jawatan Menteri Besar adalah penting kerana peluang untuk mereka menawan kembali negeri itu sangat cerah.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan Pakatan Rakyat dilihat sangat lemah dengan pelbagai konflik dalaman serta kegagalan mereka memenuhi apa yang rakyat mahukan di negeri itu.

Bukan itu sahaja, perpecahan dalam PAS Kedah dan kerajaan negeri sangat jelas apabila krisis Exco Kerajaan Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh mahu mengambil alih kempimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak atas alasan tahap kesihatannya yang tidak mengizinka, gagal dilakukan.

DAP juga dilihat tidak bersetuju dengan tindakan PAS apabila mereka mengambil keputusan unilateral dengan menutup sebuah rumah penyembelihan haram di Alor Setar.

Tidak terhenti setakat itu, masyarakat Cina juga kecewa apabila kerajaan negeri mengambil keputusan mengharamkan pusat hiburan dibuka sepanjang bulan Ramadan (berikutan bantahan yang diterima larangan tersebut hanya terhad ke atas orang Islam.)

Perkara yang paling membuatkan orang ramai marah adalah apabila kerajaan negeri meningkatkan tarif air sebanyak 100 peratus berbanding dua tahun lalu walaupun Pakatan Rakyat relah berjanji untuk mengurangkannya untuk memancing undi.

Turut berlaku pergeseran berkenaan dengan peruntukan kerusi antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

PAS yang memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum yang lalu bertegas untuk bertanding di 23 kerusi yang mereka tandingi pada 2008.

DAP yang hanya memenangi satu kerusi pula dilihat berminat dengan kawasan di selatan Kedah yang kini dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun PKR enggan memberikan laluan kepada DAP.

PKR kini mempunyai tiga kerusi di Kedah apabila dua daripada ADUN nya menjadi wakil rakyat Bebas.

"Rakyat sangat letih dengan apa yang berlaku, mereka sedar Barisan Nasional masih lagi parti yang terbaik untuk membawa pembangunan dan kemajuan ekonomi," kata Tengku Adnan.

Walaupun, Mukhriz merupakan pilihan utama, namun terdapat beberapa calon berpotensi termasuk, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan seorang tokoh korporat.

"Perdana Menteri akan membuat keputusan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pelbagai sumber selepas melihat siapa calon yang paling disukai oleh rakyat Pemilihan calon boleh mengejutkan semua orang.

"Calon itu mungkin muka baru dan orang muda. Dia juga boleh dipilih dikalangan ahli parti atau orang luar. Apa yang penting, calon itu tidak mempunyai skandal dan rahsia-rahsia tersembunyi.

"Kami sedar golongan belia di negeri itu mahu seorang pemimpin yang berkebolehan seperti Mukhriz," katanya.

Sementara itu, ada juga yang mahu tokoh korporat dipilih sebagai calon kerana mereka mahukan lebih banyak pembangunan dan peluang pekerjaan.

Sumber dalaman parti pula yakin Mukhriz adalah calon yang terbaik kerana beliau sangat popular dikalangan mereka yang berusia di bawah 50 tahun.

"Kita tidak boleh apa yang mereka suka kerana mereka membentuk 40 peratus daripada 997,000 pengundi di negeri itu," katanya.

Keputusan muktamad untuk memilih Menteri Besar Kedah akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

"Barisan Nasional mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Kedah sekiranya ia mempunyai calon Menteri Besar yang bagus," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan