Majlis Peguam Mahu Terlibat Kaji Pembaharuan Undang-undang

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Peguam mahu terlibat dalam pembentukan suruhanjaya bebas bagi mengkaji semula beberapa undang-undang kuno sedia ada.

Presidennya, Lim Chee Wee berkata sebelum ini Majlis Peguam berulang kali mencadangkan agar ditubuhkan satu suruhanjaya semumpama itu bagi menjalankan penyelidikan, perundingan awam dan pembangunan polisi undang-undang serta membuat syor penambahbaikan kepada Parlimen.

"Malaysia sepatutnya melihat kepada suruhanjaya undang-undang di Australia, Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang Australia dan Suruhanjaya Undang-undang Inggeris dalam usaha menubuhkan suruhanjaya berkaitan di negara ini," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bahawa kerajaan akan melihat kemungkinan menubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji semula dan memodenkan undang-undang kuno.

Mohamed Nazri sebelum ini turut dilaporkan berkata sudah tiba masanya negara mempunyai sebuah suruhanjaya mengambil alih peranan daripada Jabatan Peguam Negara.

Mengulas lanjut Lim berkata Majlis Peguam akan membantu dalam pembentukan suruhanjaya itu dan berharap bahawa pengumuman Nazri bukanlah sekadar retorik kerana isu pembaharuan undang-undang adalah penting.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan