Lebih 12,500 Pinjaman PTPTN Ditukar Kepada Biasiswa

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sejumlah 12,529 pelajar yang meminjam wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditukarkan pinjaman mereka kepada biasiswa.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata mereka telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman mereka kerana mereka mendapat kepujian kelas pertama dalam Ijazah Sarjana Muda.

"Sehingga 30 April tahun ini, seramai 12,529 graduan telah dikecualikan (sejak PTPTN telah ditubuhkan pada tahun 1997). Ini melibatkan jumlah sebanyak RM359.26 juta," katanya dalam ucapannya sebelum menyerahkan wang pendahuluan kepada pemohon pinjaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini Rabu.

"Oleh itu, sama ada pelajar mahu membayar balik pinjaman atau tidak, ia terpulang kepada mereka. Jika tidak mahu membayar balik, pastikan anda cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Ismail berkata, PTPTN telah membantu 1.9 juta pelajar sejak ditubuhkan pada tahun 1997, yang kemudiannya turut disokong oleh pembangkang.

"Apabila dibentangkan di Parlimen, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sesdang bercuti dua bulan dan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab.

"(Penasihat DAP) Lim Kit Siang berkata RM100 juta tidak cukup (untuk dana) dan meminta RM500 juta. (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng berkata RM500 juta tidak mencukupi, dan berkata memerlukan RM1 bilion.

"Tetapi kini pilihan raya umum sudah dekat, mereka mahu untuk menghapuskan PTPTN untuk mendapatkan undi. Ini adalah politik murah," katanya.

Ahli Parlimen Sepang Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang merasmikan acara itu, menggesa para pelajar bertindak secara bertanggungjawab dan membayar balik pinjaman mereka bagi memastikan dana itu dapat digunakan generasi akan datang.

Sehingga 30 April, 763,488 daripada 1,053,037 pemohon telah membayar balik pinjaman mereka, katanya.

"Ini bermakna RM3.24 bilion dari RM6.96 bilion telah dibayar balik," katanya, sambil menambah seramai 26,119 orang telah disenaraihitamkan sehingga kini.

Mohd Zin berkata kerajaan bersedia untuk memberikan pendidikan percuma, dengan syarat pelajar cemerlang dalam pelajaran mereka.

"Ia adalah satu insentif. Kami telah membuka peluang. Anda perlu berusaha untuk itu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan