Jawi Rampas Buku Irshad Manji - Berita Semasa | mStar

Jawi Rampas Buku Irshad Manji

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) malam ini merampas tujuh naskah buku "Allah Liberty & Love - Courage To Reconcille Faith & Freedom" karya penulis kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungannya yang menyalahi hukum syarak.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata serbuan yang melibatkan lapan pegawai itu dilakukan pada pukul 8.45 malam di sebuah kedai buku di pusat beli belah terkenal di Bangsar. "Kami menerima maklumat terdapat sekurang-kurangnya 500 edisi terjemahannya sudah dicetak dan berada di pasaran di seluruh negara, malah usaha mengesan buku berkenaan sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di sini.

Irshad, penulis kelahiran Uganda dan memegang kerakyatan Kanada mencetuskan kontroversi kerana menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia.

Wan Jaafar berkata buku berkenaan dirampas dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan atas kesalahan berhubung kesucian Islam dan institusinya, termasuk menghasilkan penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan