Jabatan Visa & Imigresen Kanada Di KL Ditutup, Pindah Ke Singapura

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berhasrat melawat Kanada atau bermastautin di Kanada boleh menghantar permohonan visa di Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Singapura berikutan penutupan pejabatnya di Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya Tinggi Kanada dalam kenyataan di sini hari ini berkata penutupan pejabat itu di sini tidak bermakna perkhidmatan itu tidak lagi disediakan dan untuk maklumat lanjut boleh layari di http://www.canadainternational.gc.ca/singapore-singapour.

Katanya permohonan yang telah diserahkan ke pejabat visa di Kuala Lumpur akan diproses dan disiapkan manakala permohonan lain akan dihantar ke pejabat visa di Singapura.

Pemohon tidak perlu menghubungi pejabat visa untuk tindakan susulan, tetapi mereka akan dihubungi pejabat visa yang memproses permohonan mereka, kata kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan