Isu Air: MB Ajak Menteri, Pembangkang Selangor Lawat Empangan

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta wakil rakyat pembangkang melawat tujuh empangan air di negeri itu bagi membuktikan kadar rizab air negeri berada pada tahap yang selesa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan laporan terbaru Lembaga Urus Air Selangor (Luas), simpanan air mentah di semua empangannya melebihi 100 peratus simpnan.

"Keputusan untuk menganjurkan lawatan ini selepas mereka mengeluarkan beberapa kenyataan salah mengenai kadar rizab air untuk menunjukkan seolah-olah krisis air berlaku di Selangor.

"Perlu diingatkan bahawa kerajaan negeri sentiasa memantau isu perkembangan rizab air di mana Luas akan memberi laporan bertulis dari masa ke masa," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini, Rabu.

Selain itu Abdul Khalid berkata statistik terkini jumlah takungan sumber air empangan di Selangor ialah sebanyak 522.655 juta meter padu.

"Sejak Februari tahun ini semua tujuh empangan berada dalam keadaan memuaskan dan mampu untuk membekalkan sumber air kepada semua loji pembersihan air di Selangor.

"Ini jelas menunjukkan bahawa kenyataan bahawa kadar rizab air Selangor hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 20 peratus adalah salah dan bercanggah dengan data yang diberikan Luas," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan