ISU - SINDIKET JUAL BAYI: Permintaan Bayi Angkat Yang Meningkat Jadi Punca

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang warga Singapura Lee Hwee Bin, 36, telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang pada 24 April lalu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan penyeludupan seorang bayi berusia 22 hari.-foto THE STAR
Seorang warga Singapura Lee Hwee Bin, 36, telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang pada 24 April lalu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan penyeludupan seorang bayi berusia 22 hari.-foto THE STAR

MUKADIMAH

SINDIKET menjual bayi telah lama wujud tetapi menjadi semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Peningkatan permintaan terhadap bayi dan kanak-kanak terutama oleh pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata membuka peluang kepada sindiket tidak bertanggungjawab ini menjadikan bayi dan si kecil comel sebagai 'produk' untuk didagangkan.

Terkini, seorang wanita warga Singapura dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual seorang bayi lelaki berusia 22 hari. Tertuduh didakwa memperdagangkan bayi bagi tujuan ekspolitasi iaitu pemindahan milik ke atas mangsa dengan pertukaran wang ringgit yang menyalahi Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001.

Kewujudan sindiket ini menyebabkan pasangan yang terdesak menggunakan 'jalan pintas' dan sanggup membayar harga yang tinggi semata-mata mahu mendapatkan bayi yang dipelihara seperti anak sendiri tanpa memikirkan risikonya.

Namun, di sebalik kewujudan sindiket ini, masih terdapat ibu bapa yang sanggup menunggu lama semata-mata mahu mendapatkan bayi untuk dijadikan anak angkat mengikut saluran yang betul dan tidak menyalahi undang-undang.

**** ****

PUTRAJAYA: Permintaan daripada mereka yang ingin memelihara bayi atau kanak-kanak sebagai anak sendiri yang sentiasa meningkat secara tidak langsung telah menyebabkan kanak-kanak menjadi sasaran sindiket menjual bayi.

Permintaan tinggi dengan penawaran jumlah yang terhad dengan sendirinya menyediakan platform untuk kumpulan sindiket bergerak menjadikan bayi atau kanak-kanak tak ubah seperti 'produk' jualan mereka.

Perkara ini diakui sendiri oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kanak-Kanak, Arfan Sulaiman ketika ditemuramah oleh mStar Online untuk laporan khas isu mengenai sindiket penjualan bayi.

Beliau berkata, di JKM sahaja, jumlah permohonan yang diterima yang ingin mengambil 'anak pelihara' menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"Tahun lepas kita terima sebanyak 217 permohonan berbanding 182 pada tahun 2010 manakala tahun 2009 pula sebanyak 127 permohonan diterima," katanya.

Arfan berkata, walaupun tiada faktor spesifik yang dapat menjelaskan tentang peningkatan ini tetapi beliau percaya ia mempunyai kaitan dengan kesedaran masyarakat menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan anak pelihara dan kepentingan mendapatkannya mengikut prosedur.

"Melalui laporan media dan kempen-kempen JKM, orang ramai mula tahu bahawa mereka boleh memohon untuk memelihara mana-mana bayi atau kanak-kanak yang didapati terdampar, terbuang atau tidak dapat dikesan ibu bapa kandungnya," katanya lagi.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, permintaan yang tinggi untuk mendapatkan anak angkat turut menjadi punca mengapa sindiket menjual bayi terus berleluasa.

Kata beliau, permintaan yang tinggi dan tiada tempoh tetap yang diberikan kepada pemohon yang berminat juga mungkin menyebabkan golongan ini cuba mencari alternatif lain mendapatkan bayi atau kanak-kanak.

Saluran alternatif lain termasuklah mendapatkan bayi atau kanak-kanak melalui rumah perlindungan, daripada kenalan atau saudara-mara dan melalui saluran salah, iaitu melalui sindiket yang rata-ratanya mampu membuat tawaran dengan kadar segera.

JKM Bukan Kilang Bayi

"Memang kena tunggu lama dan kita tidak dapat beri jaminan tentang tempoh sebab kita bukan 'kilang'.

"Kita dapat beri jaminan permohonan diproses dalam masa sebulan sahaja dan kemudian calon akan diletakkan dalam senarai menunggu yang kita tidak dapat jamin berapa lama," katanya.

Menurut beliau lagi, kanak-kanak di bawah perlindungan JKM adalah tertakluk kepada undang-undang dan mahkamah, justeru mereka tidak boleh diserahkan kepada pemohon sewenang-wenangnya sebelum diputuskan oleh panel khas JKM.

Beliau menambah, JKM juga sering berdepan masalah apabila pemohon yang ditawarkan 'anak pelihara' enggan menerima bayi atau kanak-kanak yang dipadankan dengan mereka.

Jelas beliau, walaupun pemohon telah menetapkan kriteria tertentu terhadap bakal 'anak pelihara' mereka dalam permohonan, namun sebaik sahaja dipanggil JKM untuk penyerahan 'anak pelihara', mereka menolaknya.

"Ada yang mahu pilih jantina, mahu hanya yang berkulit cerah. Kebanyakannya mahu yang berumur satu tahun ke bawah sahaja," ujarnya.

Tambah beliau lagi, perkara ini adalah di luar bidang kuasa JKM dan pihaknya tidak akan memaksa pemohon supaya mengambil bayi atau kanak-kanak yang ditawarkan.

"Kita tak akan serahkan kalau ia tak menepati kehendak dan citarasa pemohon. Kalau diserahkan juga mungkin boleh mengganggu pembesaran dan psikologi anak itu sendiri.

"Dalam situasi sebegini, pemohon perlu memperbaharui semula permohonan jika masih berminat kerana ia sah untuk satu tahun sahaja dan kemudian masuk ke senarai menunggu sekali lagi. Anak pelihara itu pula akan diserahkan kepada pemohon lain yang berminat," jelasnya.

Pada tahun 2010, seramai 69 anak pelihara berjaya diserahkan kepada pemohon manakala 41 pemohon telah menolak tawaran daripada JKM.

"Tahun lepas, daripada 217 permohonan yang diterima, seramai 37 anak pelihara diserahkan kepada keluarga angkat mereka," katanya.

Prosedur

Menurut Arfan, secara keseluruhannya sebanyak 99 peratus pemohon yang ingin mengambil bayi atau kanak-kanak sebagai anak pelihara daripada JKM adalah pasangan yang telah lama berkahwin tetapi tidak mendapat cahaya mata.

Mengikut undang-undang, bayi atau kanak-kanak berumur satu hari hingga 18 tahun dan dipelihara pasangan atau individu (selain ibu bapa kandung) serta didaftarkan di JKM akan dikategorikan sebagai 'anak pelihara' dalam tempoh dua tahun.

"Selepas dua tahun dan jika mereka berhasrat mengambil anak pelihara sebagai anak angkat mereka bolehlah mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya.

Mengulas tentang permintaan yang tinggi terhadap bayi dan kanak-kanak yang kini dikaitkan dengan sindiket jual bayi atau kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, beliau berkata masyarakat seharusnya sedar bahawa tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang.

"Cara itu akhirnya akan menyusahkan mereka yang mengambil (anak) dan anak itu sendiri sama ada dari segi dokumentasi, kewarganegaraan dan masalah lain yang tentunya merumitkan," katanya.

Tambah beliau, pihak JKM sentiasa menggalakkan mereka yang berminat supaya mengambil 'anak pelihara' daripada JKM yang sudah dikenal pasti latar belakang dan salasilahnya.

"Selain tiada bayaran, kita juga boleh pertimbangkan pemberian insentif atau elaun untuk 'anak pelihara' ini," jelasnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan