ISU - SINDIKET JUAL BAYI : Nilai Bayi Mampu Cecah RM20,000

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Bakri Zinin
Mohd Bakri Zinin

PETALING JAYA: Setiap bayi yang baru lahir bukan sahaja begitu bernilai kepada ibu bapa kandungnya, tetapi juga dianggap bernilai oleh sindiket menjual bayi dan mereka yang ingin memelihara anak angkat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, wujudnya permintaan yang tinggi terhadap bayi menyebabkan seseorang bayi yang baru lahir mampu mencecah nilai sehingga RM20,000 untuk didagangkan.

"Bayi juga ada harga pasaran, bermula dari RM3,000 hingga RM20,000. Keadaan fizikal bayi juga menentukan harga. Jika sempurna dan kulitnya cerah, harganya lebih mahal, kalau kulitnya gelap sedikit, murah sikit harganya," katanya kepada mStar Online.

Menurut Mohd Bakri, sindiket menjual bayi tidak hanya berlaku di negara ini tetapi juga berlaku di negara lain.

"Malah, terdapat juga sindiket yang berkerjasama dengan sindiket di negara jiran untuk urusan jual-beli bayi," katanya.

Jelas beliau, dari segi jantina pula, bayi lelaki lebih digemari berbanding bayi perempuan.

"Mungkin bayi lelaki boleh bantu mereka bila sudah besar nanti," beliau memberi pendapat.

Beliau berkata, mereka yang terbabit dalam kegiatan ini bijak mengambil ruang dan peluang daripada masalah sosial yang berlaku akibat pergaulan remaja yang tidak terkawal.

"Bila ada gadis terlanjur dan mengandung, mereka ambil peluang ini. Mereka tawarkan bayaran perubatan, tanggung kos bersalin dan sebagainya.

"Jika kandungan dijaga dengan baik dan bayi lahir sempurna, harga yang tinggi boleh diletakkan untuk menarik minat pembeli," jelasnya.

Kata Mohd Bakri, mereka yang ditangkap akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

> PADA tahun 2011, statistik yang dikeluarkan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mencatat sembilan kes menjual bayi berbanding 20 kes pada tahun 2010.

> PADA Januari 2011, polis berjaya menumpaskan kes penjualan bayi yang berumur antara lima hingga tujuh hari yang dijual dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000.

> BERMULA pada Julai 2010 sehingga Januari 2011, seramai 22 bayi berjaya diselamatkan sejak beberapa operasi dilakukan yang bermula di sebuah Hospital di Sarawak.

> POLIS turut berjaya menyelamatkan tiga orang bayi, seorang ibu kepada salah seorang bayi ini serta dua wanita yang sarat mengandung di Selangor.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan