Gaji Minimum: Majikan Atau Syarikat Dinasihatkan Tidak Naikkan Harga Barangan

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan atau syarikat dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan mereka kerana dikatakan terbeban akibat penetapan gaji minimum sektor swasta.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata kerajaan sentiasa memantau kenaikan harga barangan dan jika perkara itu berlaku, tindakan tegas akan dikenakan.

Bagaimanapun, katanya kemungkinan isu beban majikan disalurkan kepada pengguna menerusi kenaikan harga barangan tidak akan timbul kerana pelaksanaan gaji minimum hanya melibatkan kos pengeluaran yang kecil.

"Penetapan gaji minimum hanya mewakili bahagian kecil kos pengeluaran dan ia tidak akan menyumbang kepada harga tinggi terutamanya ketika negara berada dalam tempoh harga sederhana dan ini telah diakui oleh Bank Negara Malaysia (BNM)", katanya ketika ditemu bual dalam program 'Dalam Radar', terbitan Bernama Radio24.

Zainal turut menegaskan tidak ada sebarang alasan daripada majikan untuk tidak melaksanakan gaji minimum seperti yang ditetapkan.

Syarikat yang menggaji sekurang-kurangnya lima dan lebih pekerja diwajibkan melaksanakan kadar gaji minimum dalam tempoh enam bulan selepas diwartakan dan setahun bagi syarikat yang memiliki kurang lima pekerja.

Bagaimanapun, katanya majikan atau syarikat yang memerlukan masa lanjutan bagi melaksanakan gaji minimum diingatkan supaya mengemukakan permohonan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (NWCC) bagi mengelak dikenakan tindakan mengikut Akta NWCC 2011. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan