Dakwaan PM Jumpa Pegawai Tentera: Polis Ambil Keterangan Nizar - Berita Semasa | mStar

Dakwaan PM Jumpa Pegawai Tentera: Polis Ambil Keterangan Nizar

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Khamis memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu tiba kira-kira 10.15 pagi bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat dan tiga peguam sebelum memberi keterangan kira-kira sejam. Beliau disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Ketika ditemui pemberita, Mohammad Nizar berkata beliau memberi segala maklumat yang diperlukan oleh polis.

Sebelum ini, beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang itu.

Mohammad Nizar dalam satu ceramah sebelum ini, mendakwa beliau dikhabarkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua kepimpinan tentera dan bertanya sama ada mereka akan berbuat sesuatu jika BN tumbang dalam pilihan raya.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan