BN Dan Umno Tidak Terlibat Rancangan Buka Gerai Di Depan Rumah Ambiga - Tengku Adnan

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan sekeras-kerasnya bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) terlibat dengan rancangan membuka gerai di hadapan rumah Datuk S Ambiga di Bukit Damansara selama dua hari mulai esok.

"Saya tegaskan bahawa BN dan Umno tidak terlibat dalam kumpulan itu apatah lagi untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak khususnya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau meminta kumpulan peniaga yang merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih itu menghentikan rancangan mereka kerana ia bukan hasrat keseluruhan rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Ahad lepas, sekumpulan 60 peniaga yang menamakan diri mereka 'Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1, 2, 3' mengumum rancangan untuk berniaga di kawasan kediaman Ambiga selama dua hari mulai esok bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan 28 April lepas.

Tengku Adnan turut menafikan tuduhan bahawa BN dan Umno mempunyai kaitan dengan beberapa insiden seperti penjualan daging di perkarangan kawasan individu yang tidak memakannya, dan aksi menunjukkan punggung yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak baru-baru ini.

Beliau turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya agar rancangan membuka gerai di hadapan rumah Ambiga tidak diteruskan.

Beliau berkata rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan tindakan mana-mana pihak yang mahu menghancurkan Malaysia dan meminta agar mereka memahami konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan yang disaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan