Ali Rustam Dakwa Penyebaran SMS Fitnah Didalangi Pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam percaya penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur fitnah terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Datuk Hassan Abdul Rahman didalangi pembangkang.

"Saya percaya yang mulakan SMS ini daripada pembangkang, mereka ini biasa dengan kerja-kerja kotor," dakwanya.

Beliau berkata pihak pembngkang telah kehabisan modal sehingga sanggup memburukkan Adun daripada Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan.

Mohd Ali berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai penyebaran SMS berunsur hasutan dan perkauman yang mula tersebar pada Selasa lalu, selepas majlis penyerahan kontinjen negeri Melaka kepada bapa angkat pasukan itu sempena Sukan Malaysia (Sukma) di sini, Khamis.

Pada majlis itu, Adun Kemayan, Pahang Mohd Fadil Osman dipilih bapa angkat kepada kontinjen negeri Melaka. Pada Selasa lepas, sebanyak 13 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di Melaka membuat laporan polis berhubung penyebaran SMS tersebut yang mendakwa Hassan melakukan tindakan tidak bermoral dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kaum India ketika menghadiri perhimpunan aman menghalang kedatangan pengerusi bersama Bersih Datuk S. Ambiga bagi mempromosikan Bersih di Merlimau pada Sabtu lepas.

Sementara itu, Mohd Ali berkata Melaka tidak menaruh harapan tinggi pada Sukma ke-15 di Pahang mulai 7 hingga 16 Julai depan dengan hanya mensasarkan 20 pingat emas menerusi sukan tradisi negeri itu seperti wushu, menembak dan acara berbasikal.

Justeru beliau menggesa persatuan-persatuan sukan di Melaka mempertingkatkan usaha mengesan bakat baru terutama pelajar sekolah untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan