PAS Akan Berjuang Habis-Habisan Rampas Negeri 'Deposit Tetap' Umno - Berita Semasa | mStar

PAS Akan Berjuang Habis-Habisan Rampas Negeri 'Deposit Tetap' Umno

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan parti itu akan berjuang habis-habisan untuk merampas negeri yang dianggap sebagai 'deposit tetap' Umno terutamanya, Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Malah, beliau turut yakin hasrat itu dapat direalisasikan menerusi tindakan berani Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang menyatakan kesanggupannya untuk bertanding sebagai calon di Johor.

"Saya puji tindakan berani beliau (Salahuddin) tinggalkan Kubang Kerian yang boleh dianggap sebagai kubu selamat PAS. Dia tak perlu berkempen...jika tinggalkan songkok saja pun dia boleh menang," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Menurut beliau, Salahuddin sanggup mengambil risiko bertanding di negeri kelahirannya selepas mendapat maklumat dan mandat daripada rakyat yang inginkan perubahan.

"Isyarat jelas menunjukkan bahawa kita serius dan akan beri tumpuan sepenuhnya di Johor dan beberapa negeri 'deposit tetap' Umno," katanya.

Jumaat lalu, Salahuddin yang juga naib presiden PAS mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Pada masa sama beliau turut tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen di Johor.

Selain Johor, Sabah dan Sarawak turut dianggap sebagai negeri 'deposit tetap' Umno.

Dalam perkembangan berasingan, Mahfuz meminta semua pihak supaya berhenti menimbulkan isu pengunduran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada bertanding pada PRU-13.

"Itu cerita lama. Sekarang tidak timbul lagi soal beliau (Abdul Hadi) nak berundur. Kita turut menolak cadangan tersebut dan beliau akur dengan keputusan pimpinan parti," katanya lagi.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan