N.Sembilan Hanya Jual Air Ke Selangor Jika Ada Lebihan Bekalan - MB

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Negeri Sembilan hanya akan menjual air kepada Selangor jika keperluan di negeri itu telah dipenuhi dan terdapat lebihan bekalan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerajaan negeri masih dalam peringkat perbincangan awal dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berhubung perkara tersebut.

"...kita pun masih lagi menunggu loji Ngoi-Ngoi ini boleh beroperasi pertengahan tahun ini. Ini disebabkan kita hendak pastikan bekalan air di daerah Seremban ini mencukupi dulu sebelum kita menyatakan persetujuan untuk menjual air yang dirawat kepada SPAN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini, Rabu.

Katanya apabila siap kelak, loji Ngoi-Ngoi dijangka mampu mengeluarkan antara 55 hingga 60 juta gelen air yang dirawat setiap hari, menyamai kapasiti Loji Sungai Terip.

Apabila kedua-duanya beroperasi, akan terdapat bekalan air antara 100 hingga 110 gelen sehari bagi menampung keperluan Seremban yang pada waktu ini memerlukan sehingga 70 juta gelen sehari, katanya.

Mohamad berkata SPAN meminta Negeri Sembilan bersedia untuk membantu Selangor jika keadaan memerlukan menjelang hujung tahun ini atau pada 2013.

"Ini kerana didapati masalah bekalan air di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meruncing jika tidak dibuat sesuatu.

"Jadi kita membuat persiapan, tapi kita tidak akan menjual air jika keperluan di Negeri Sembilan tidak mencukupi. Kita akan menjual air apabila ada lebihan air," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan