Kesatuan Sekerja Tidak Halang Langkah Capai Kecekapan - Rafidah

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz telah meminta kesatuan sekerja dan para pekerja untuk menyokong sebarang usaha menjadikan syarikat masing-masing lebih cekap dan tidak menghalang usaha berkenaan.

"Syarikat-syarikat tidak boleh mengambil sikap "urusan seperti biasa" membiarkan kesilapan lama mengekang usaha berganjak ke hadapan untuk menjadi lebih berdaya saing," katanya.

Rafidah, yang mendapat kepujian pada peringkat antarabangsa kerana membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, memberi amaran kepada kesatuan-kesatuan sekerja bahawa pasaran semakin menjadi sangat berdaya saing dan lebih teruk lagi bagi rantau ini dengan ketibaan dasar Langit Terbuka Asean pada 2015.

Beliau mengulas mengenai perjanjian pertukaran saham selama lapan bulan antara Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan bajet AirAsia yang dibatalkan pada awal bulan ini berikutan tentangan hebat kesatuan pekerja MAS.

"Kesatuan sekerja dan pekerja perlu menyokong mana-mana usaha untuk menjadikan syarikat mereka lebih cekap dan tidak menghalang dan mempolitikkan isu itu," kata Rafidah, yang juga Pengerusi AirAsia X, iaitu sekutu syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia.

Katanya adalah penting bagi pengurusan dan kesatuan untuk datang ke mesyuarat bagi mencapai persetujuan bagi maju ke hadapan.

Sambil memberi satu lagi nasihat kepada kesatuan itu, Rafidah berkata: "Pekerja dan kesatuan perlu memahami bahawa syarikat itu adalah enterpris perniagaan dan perlu menunjukkan keuntungan kepada para pemegang saham."

"Sebarang usaha penjimatan dan kecekapan yang dicapai melalui kerjasama (di kalangan syarikat) dapat disalurkan kepada para penumpang. Apabila satu-satu syarikat mencatatkan keuntungan, pekerja juga akhirnya mendapat manfaat," katanya mengenai kerjasama antara MAS, AirAsia dan AirAsia X.

"Mengenai AirAsia X, kami akan terus berusaha melaksanakan kerjasama yang akan menghasilkan kos lebih rendah dan kecekapan lebih baik yang tidak melanggar sebarang undang-undang anti-trust atau persaingan yang berkuat kuasa," katanya.

Minggu lepas, bekas Pengarah Urusan MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman turut merayu kesatuan sekerja syarikat penerbangan itu suopaya menggunakan sikap bersabar dan tidak mengambil tindakan keras terhadap sebarang langkah MAS untuk memulihkan syarikat penerbangan yang bermasalah itu.

Katanya 20,000 pekerja syarikat itu perlu memberi sokongan penuh kepada pengurusan yang tiada pilihan tetapi perlu mengemukakan model perniagaan baharu yang dengan sendirinya memerlukan perubahan dilakukan sepanjang perubahan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan