Hanya 6% Peminjam PTPTN Disenarai Hitam - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) membahas ucapannya sambil diperhatikan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (kiri) pada Debat Sinar bertemakan Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Hala Tuju Pendidikan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraft di sini, Selasa malam. Turut kelihatan Dr Mazlee Malik sebagai moderator.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) membahas ucapannya sambil diperhatikan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (kiri) pada Debat Sinar bertemakan Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Hala Tuju Pendidikan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraft di sini, Selasa malam. Turut kelihatan Dr Mazlee Malik sebagai moderator.

KUALA LUMPUR: Hanya enam peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata selebihnya iaitu 94 peratus, dapat membuat pembayaran balik pinjaman itu dan cadangan pakatan pembangkang untuk memansuhkan pinjaman tersebut hanya berdasarkan kepada peratusan kecil itu.

"Tindakan untuk menyenaraihitamkan pelajar juga bukan mudah kerana terdapat prosedur yang perlu diikuti termasuk memberi notis peringatan kepada pelajar terbabit yang memakan masa selama 22 bulan," katanya pada debat antara beliau dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli, malam Selasa.

Debat yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24 selama sejam setengah itu bertajuk 'Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi' dengan Dr Mazlee Malek bertindak sebagai moderator.

Khairy berkata langkah memberi notis itu juga bertujuan memberi peluang kepada peminjam, untuk sekurang-kurangnya mengaktifkan akaun pembayaran pinjaman PTPTN mereka.

Beliau turut menafikan dakwaan Rafizi bahawa pinjaman tersebut yang digubal pada 1997 lebih banyak menguntungkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya ini kerana terdapat 123,000 pelajar di bawah pembiayaan PTPTN di IPTA berbanding 76,000 pelajar di IPTS.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak menafikan nilai pinjaman PTPTN lebih banyak kepada IPTS berbanding IPTA berikutan yuran pengajian di IPTS lebih tinggi daripada IPTA.

Mengenai piawaian atau standard IPTS, beliau mengakui terdapat IPTS di negara ini yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan tetapi itu tidak bermakna kerajaan tidak berbuat apa-apa.

Katanya terdapat IPTS yang permohonannya dibatalkan berikutan pemantauan rapi oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan kini, kualiti institusi pengajian tinggi tersebut sedang meningkat.

Sementara itu, Rafizi mempertahankan cadangan pakatan pembangkang supaya PTPTN dimansuhkan dan menolak andaian bahawa pemansuhan skim pinjaman itu akan membuatkan negara bankrap.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia mampu memberi pendidikan percuma sekiranya tidak berlaku sebarang ketirisan terhadap perbelanjaan negara, dan menambah perkara itu tidak mustahil sekiranya kerajaan Barisan Nasional mempunyai hasrat untuk melakukannya.

Debat empat pusingan itu adakalanya menjadi panas dengan sorakan penyokong kedua-dua pihak manakala Khairi dan Rafizi dengan tegas tidak berganjak daripada fakta masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan