Bekas Presiden Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Dipilih Tokoh Guru Negeri Sembilan

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Bekas presiden Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Datuk Azam Md Atan dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Sembilan 2012, pada majlis sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sembilan 2012, di sini malam Selasa.

Azam, 59, yang kini telah bersara dipilih untuk menerima anugerah itu hasil jasa dan sumbangannya yang amat besar kepada pembangunan pendidikan di negeri ini.

Ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah tersebut yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Azam berkata memberi perhatian sepenuhnya terhadap murid merupakan prinsip yang harus dipegang setiap guru.

Katanya cabaran guru yang semakin bertambah hari ini dengan kepesatan teknologi juga memerlukan kesabaran guru dalam mendidik setiap anak muridnya.

"Guru perlu bersabar, cabaran hari ini semakin bertambah dan murid sekarang memerlukan perhatian yang lebih daripada guru untuk memastikan mereka berjaya," katanya.

Azam yang berasal dari Nilai, dekat sini telah berkhidmat sebagai guru selama 34 tahun di 10 buah sekolah dan menjadi pengetua selama 19 tahun di sembilan buah sekolah.

Terdahulu Mohamad dalam ucapannya berkata, tanggungjawab guru adalah amat penting dalam membangunkan modal insan dan melahirkan golongan cerdik pandai yang akan mentadbir negara ini suatu hari nanti.

"Membangunkan negara bukan hanya inftrastruktur dan kemudahan lain tapi yang lebih penting adalah membangunkan modal insan. Di sinilah letaknya tanggungjawab guru," katanya.

Pada majlis yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Seremban itu, Mohamad turut menyampaikan empat anugerah lain termasuk Anugerah Khas Lonjakan Akademik, Anugerah Terbaik Akademik dan Anugerah Guru Cemerlang dan Anugerah Guru Inovatif.

Lebih 10,000 guru, guru besar dan pengetua dari semua sekolah di negeri ini diraikan pada majlis itu yang diadakan sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan