500 Program Melibatkan Pelbagai Aktiviti Di Putrajaya Sempena Hari Belia

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 500 program meliputi kebudayaan, pendidikan, alam sekitar dan sukan disediakan untuk golongan muda sepanjang lima hari mulai hari ini sempena sambutan Himpunan Jutaan Belia tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara Mod Nadzri Yaacob berkata antara program yang diadakan termasuk mendirikan 24 pentas untuk golongan muda yang berbakat mempersembahkan pelbagai genre muzik selain mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi, sukan air serta sukan ekstrem.

Ketika ditemui Bernama di sini, Rabu, beliau berharap menerusi pelbagai program yang diadakan itu, perhimpunan berkenaan dapat menarik dua juta golongan muda berbanding satu juta pada tahun lepas.

Sambutan Hari Belia Negara 2012 bertemakan 'Himpunan Jutaan Belia' yang bermula hari ini, dijangka disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini.

Mod Nadzri berkata sambutan Hari Belia tahun ini juga mempunyai kelainan tersendiri apabila pelbagai aktiviti turut diadakan untuk golongan muda sepanjang jalan antara Jambatan Putra dan Jambatan Gemilang di sini iaitu sepanjang enam kilometer.

Beliau berkata perhimpunan kali ini akan turut dihadiri oleh golongan muda dari 17 buah negara, yang terdiri daripada negara Asean dan Komanwel.

"Malah Brunei Darussalam akan menghantar belia mereka sebagai peserta bagi memeriahkan sambutan Hari Belia negara, manakala negara lain akan bertindak sebagai pemerhati untuk melihat secara dekat bagaimana kita menganjurkan sambutan mega ini bagi diguna pakai di negara mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan