Tingkatkan Hubungan Baik Kesatuan Sekerja Dan Majikan - TPM

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kesatuan sekerja dan majikan terus meningkatkan hubungan baik bagi mengurangkan berlakunya pertikaian perusahaan.

Beliau berkata tumpuan terhadap aspek mengukuhkan persefahaman akan dapat meningkatkan kerjasama kedua-dua belah pihak tanpa memerlukan intervensi atau sebarang tekanan oleh kerajaan.

"Hasil persekitaran kerja yang kondusif ini akan pasti menyumbang kepada prestasi positif ekonomi negara dan seterusnya melonjakkan usaha untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama Kesatuan Sekerja di Persada Johor di sini Selasa, yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Muhyiddin berkata persekitaran kerja yang kondusif amat memerlukan kerjasama padu dan persefahaman jitu antara kesatuan sekerja dengan majikan. meliputi perkara kebajikan pekerja, pengurusan dan prestasi syarikat.

Muhyiddin memberikan contoh pada tahun lepas hanya 311 kes pertikaian perusahaan dilaporkan, berbanding 436 kes pada tahun 2000, pengurangan sebanyak 28 peratus.

Perkembangan positif ini, katanya, memberikan manafaat besar kepada semua pihak.

"Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rekod yang cemerlang, menyokong dan bekerjasama dengan kesatuan pekerja di Malaysia, khususnya dalam mempertingkat kebajikan dan kesejahteraan hidup pekerja," katanya.

Menurutnya juga, di antara tahun 2000 hingga 2011 bilangan kesatuan sekerja Malaysia mencatat peningkatan hampir 25 peratus, dengan jumlah keseluruhannya mencecah 697 kesatuan pada hari ini.

Dengan keanggotaan berjumlah 800,171 pekerja, kata Muhyiddin, entiti kesatuan sekerja dapat terus memperkaya program yang dapat meningkatkan faedah kepada anggotanya yang masih berkhidmat dari aspek kompetensi, inovasi dan kepakaran.

Timbalan Perdana Menteri berkata menerusi pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), dianggarkan lebih RM1 trilion nilai pelaburan baru dan tiga juta pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2020.

Bagi mengimbangi keperluan itu, katanya, kerajaan merangka program dan strategi untuk meningkatkan kapasiti tenaga kerja mahir kepada 33 peratus menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.

"Dalam hubungan ini, saya menyeru agar semua kesatuan sekerja memainkan peranan yang lebih aktif untuk meningkatkan kebolehpasaran warga pekerja, dengan memberi sokongan terhadap usaha kerajaan dalam aspek pembangunan kompetensi berteraskan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran," katanya.

Terdahulu, Dr S.Subramaniam dalam ucapannya berkata sebarang permintaan daripada pihak kesatuan sekerja terhadap majikan perlu melalui saluran yang betul iaitu menerusi rundingan di bilik mesyuarat.

"Tindakan seperti berdemonstrasi bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tetapi juga menyebabkan ketidakstabilan ekonomi negara," katanya.

Pada majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan replika cek bernilai RM100 juta kepada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran serta menyerahkan kerusi roda kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang ditimpa bencana. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan