SPRM Minta Orang Ramai Buat Aduan Tentang Kes Bocor Maklumat Perbankan

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan rasuah membabitkan kes-kes pembocoran maklumat akaun perbankan supaya menyalurkannya kepada suruhanjaya itu.

SPRM turut meminta Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan) Omar Idris, yang mahu suruhanjaya itu tegas dalam isu berkenaan, tampil bagi membantu siasatan SPRM.

"Untuk makluman, semua maklumat berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan disiasat suruhanjaya ini tanpa mengira siapa atau pihak mana yang memberi maklumat. SPRM akan menyiasat setiap aduan berunsur rasuah yang diterima dengan bebas, telus dan profesional.

"Ini seperti mana termaktub dalam Seksyen 7 (a) Akta SPRM 2009 iaitu 'menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan kesalahan di bawah akta ini dan menyiasat mana-mana aduan sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya'," kata SPRM dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam sidang medianya pada Isnin, Omar meminta SPRM menyiasat dengan teliti kes-kes pembocoran maklumat akaun perbankan yang dilaporkan berlaku kebelakangan ini.

Omar berkata, pembocoran maklumat perbankan tidak seharusnya berlaku kerana ia melibatkan integriti perbankan negara dan melanggar hak peribadi pemilik akaun berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan