Perkasa Bela Nasib Polis

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan termasuk bantuan guaman kepada Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24, yang didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan melakukan kekerasan terhadap jurugambar semasa Bersih 3.0.

Katanya, bantuan itu diberikan kerana Perkasa sentiasa menghargai pengorbanan pasukan keselamatan sejak dulu hingga sekarang.

"Bagi pihak Perkasa kita terpanggil untuk beri bantuan kepada kedua-dua mereka. Mereka ini Konstabel biasa yang diarahkan menjalankan tugas.

"Sama ada mereka bersalah atau tidak, terserah kepada mahkamah untuk tentukan," katanya dalam sidang media yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, dekat sini, Selasa.

Beliau menambah, bantuan turut akan diberikan kepada mana-mana petugas keselamatan yang memerlukan khidmat dan bantuan mereka.

Dalam pada itu beliau menggesa kerajaan agar memberi lebih perhatian dari segi kebajikan, gaji dan kenaikan pangkat kepada pasukan unit beruniform di negara ini, khususnya petugas keselamatan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, dalam merealisasikan tuntutan ini, pihaknya mencadangkan agar urusan kenaikan gaji dan pangkat pasukan beruniform diasingkan daripada jawatan dalam perkhidmatan awam yang lain.

"Perkasa mengambil berat kebajikan polis di semua peringkat, termasuklah golongan tentera, dari segi gaji, pangkat dan kebajikan mereka.

"Dalam golongan unit beruniform, yang berjawatan tinggi tak ramai, tapi tanggungjawab mereka menjaga keselamatan, saya lihat mengatasi jawatan yang memerlukan kelulusan diploma, ijazah dan sebagainya," katanya.

Menurut Ibrahim, tugas pasukan keselamatan seperti polis dan tentera pada hari ini yang lebih mencabar memerlukan mereka berdepan risiko keselamatan, di samping perlu menahan diri daripada dikecam golongan tertentu seperti mana yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Apatah lagi polis sekarang ini digelar 'anjing kerajaan'. Kalau jenayah meningkat, polis juga yang dipersalah dan dipertanggungjawabkan," katanya.

Golongan ini, katanya, jika tidak diberikan bantuan, perhatian dan sokongan sewajarnya akan berisiko berdepan masalah psikologi yang boleh menjejaskan mutu dan perkhidmatan dalam menjaga keamanan negara.

"Perkasa tabik kepada golongan ini. Kita dapati moral mereka terjejas akibat serangan bertubi-tubi daripada mereka yang tidak melihat dari aspek tanggungjawab yang dipikul mereka.

"Kita cadang dan desak kerajaan prihatin dan beri perhatian yang lebih kepada mereka," tegasnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan