Perintah Larangan Jika Buku Irshad Manji Bertentangan Ahli Sunah Wal Jamaah - Berita Semasa | mStar

Perintah Larangan Jika Buku Irshad Manji Bertentangan Ahli Sunah Wal Jamaah

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan perintah larangan ke atas buku penulisan atau penerbitan Irshad Manji sekiranya isi kandungannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN, Abd Aziz Md Nor berkata buku bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta', tulisan Irshad, yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dikaji dan diteliti.

"Tindakan ini diambil memandangkan kandungan buku tersebut dipercayai mengandungi unsur-unsur yang boleh memesongkan pemahaman umat Islam terhadap nilai-nilai peradaban semasa dan mencabar aliran pemikiran dalam Islam tanpa merujuk kepada sumber-sumber sahih.

"Selain itu, penerbitan ini juga dikhuatiri boleh mengelirukan pandangan masyarakat tentang kaitan antara agama dan budaya di kalangan penganut Islam dan mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam," kata Abd Aziz dalam kenyataan, Isnin.

Irshad ialah seorang wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Pada 30 Julai 2009, sebuah buku Irshad bertajuk 'The Trouble With Islam Today' diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana kandungannya mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan