PAS Tidak Ada Niat Bermuzakarah Dengan Umno - Abdul Hadi Awang

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Isnin, menafikan parti itu mahu bermuzakarah dengan Umno.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu timbul susulan kekeliruan berhubung kesediaan PAS berbincang dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini menuduh PAS tersasar daripada perjuangan berteraskan Islam.

"Saya ingin tegaskan memang tidak pernah timbul isu PAS nak bermuzakarah dengan Umno sebaliknya kami (PAS) nak memberi penjelasan (bermuzakarah) bersama NGO disebabkan tuduhan berhubung perjuangan PAS," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS Pusat, di sini, Isnin.

Abdul Hadi juga mendakwa isu muzakarah itu agenda politik Umno menjelang pilihan raya umum.

"Buat apa nak muzakarah dengan mereka (Umno) melainkan jika nak membincangkan perkara berhubung pilihan raya bersih yang mana itu merupakan tanggungjawab mereka sebagai parti pemerintah.

"PAS tidak ada langsung niat untuk muzakarah dengan Umno.Buat apa nak muzakarah-muzakarah lagi sedangkan kami (PAS) sekarang dalam gerak kerja hadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Isu muzakarah itu timbul susulan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 16 Mei lepas, yang bersetuju PAS membuka pintu bermuzakarah dengan mana-mana NGO termasuk Umno, bagi mengusahakan sesuatu untuk kebaikan ummah dan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan