PAS Diminta Muzakarah Dengan Umno Kelantan Dulu

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaran mengadakan muzakarah dengan Umno Kelantan terlebih dahulu sebelum berhasrat bermuzakarah dengan Umno di peringkat kebangsaan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ketika membuat saranan berkenaan menegaskan, pemimpin negeri itu sendiri tidak mampu membangunkan negeri pimpinannya.

"Saya mencadangkan eloklah adakan muzakarah antara PAS Kelantan dengan Umno Kelantan dulu.

"Kita mula dengan peringkat negeri. Biar selesai Kelantan dulu baru kita tengok macam mana hasil dan penyelesaiannya," kata Ibrahim pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, Selasa.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) turut mencadangkan tajuk muzakarah iaitu "Mengapa Perlu PAS Serahkan Kelantan Kepada Umno".

Menurut beliau, tajuk tersebut dipilih memandangkan Kelantan dibelenggu banyak isu yang tidak mampu diselesaikan kerajaan negeri sejak PAS memerintah.

Katanya, hasil muzakarah itu nanti akan memperlihatkan sama ada PAS benar-benar berjaya mentadbir Kelantan atau sebaliknya.

"Buat muzakarah peringkat negeri dulu, kalau mereka (PAS) tak mampu, eloklah serah kepada Umno.

"Mereka sekejap nak buat, sekejap tak jadi, nak tukar tajuk, bagi semua orang pening kepala.

"Hari ini saya cadangkan muzakarah peringkat Kelantan dengan tajuknya sekali," ujar Ibrahim lagi.

Ibrahim juga mendakwa, isu muzakarah ditimbulkan PAS semata-mata mahu menutup beberapa isu dan masalah di Kelantan.

"Isu air sejak 22 tahun belum selesai. Tanah rizab orang Melayu yang dipajak puluhan tahun dengan jumlah yang besar dan ratusan ribu rakyat Kelantan yang berhijrah ke luar kerana faktor ekonomi dan prasarana. "Banyak isu yang tak selesai...mereka nak lari. Cakap fasal Bersih, muzakarah dan macam-macam isu," katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya menyatakan kesediaan Umno untuk mengadakan muzakarah dengan PAS asalkan hasrat itu untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Pada Isnin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menafikan parti itu mahu bermuzakarah dengan Umno.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu timbul susulan kekeliruan berhubung kesediaan PAS berbincang dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini menuduh PAS tersasar daripada perjuangan berteraskan Islam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan