NFCorp Fail Saman Terhadap Public Bank Berhad

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) pada Selasa memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank tersebut didakwa telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Peguam Cara yang mewakili NFCorp dalam satu kenyataan menegaskan bahawa perlanggaran keselamatan oleh Public Bank membolehkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, seperti yang didakwa untuk membuat spekulasi dengan memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan syarikat.

Ini katanya, ia termasuk syarikat-syarikat berkaitan dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dengan pihak kerajaan, orang awam dan ahli-ahli perniagaan.

“Dalam saman tersebut dinyatakan bahawa maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusi (plaintif) telah disebarkan kepada umum secara meluas, sehingga mengakibatkan kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga plaintif terdedah kepada ancaman bahaya,” katanya.

Peguam Cara NFCorp berkata, Public Bank bertanggungjawab melindungi maklumat mengikut dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab telah diamanahkan daripada ia dicetak semula, diedar, dihebah, didedahkan atau disiarkan kepada mana-mana pihak, atau merekodkannya bagi mana-mana pihak, terhadap apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak plaintif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.

“Tindakan undang-undang ini diharapkan akan menjadi satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya,” katanya lagi.

Beliau menambah, Seksyen 97 BAFIA menyatakan, “Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) yang dengan apa jua cara sekali pun mendedahkan kepada mana-mana orang lain.”

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan