Himpunan Hijau PAS Bukan Saingi Gelombang Merah Umno

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gelombang hijau yang dicetuskan menerusi Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang dijadualkan berlangsung pada 1 Jun depan di Stadium Darul Aman, Kedah bukan bertujuan untuk menyaingi perhimpunan sambutan ulang tahun ke-66 Umno baru-baru ini.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perhimpunan tersebut diadakan bagi menggantikan muktamar tahunan yang ditangguhkan ke satu tarikh baru.

"Tidak. Himpunan itu bukan diadakan untuk menyaingi gelombang merah Umno tetapi bagi menggantikan muktamar tahunan yang ditunda pada bulan depan ekoran pilihan raya umum yang belum ditentukan tarikhnya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Selasa.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, himpunan tersebut bertujuan untuk menggerakkan pimpinan, ahli, pendokong serta jentera parti di semua peringkat bagi membuat persiapan akhir dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita ingin beri mesej supaya tertanam di pemikiran mereka bahawa ahli-ahli PAS perlu jadi penggerak dan pendokong utama dalam menjayakan cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya.

"Malah ia akan memberi gambaran kepada mereka supaya terima calon-calon bukan saja daripada PAS tetapi Parti Keadilan Rakyat dan DAP untuk bantu mereka mencapai kemenangan pada PRU-13," katanya.

Menurut beliau, PAS mensasarkan untuk mengumpul 100,000 peserta dari pelbagai bangsa dan agama untuk menghadiri perhimpunan itu.

"Program itu akan terbahagi kepada tiga peringkat...yang pertama bermula dengan menghimpunkan pimpinan tertinggi PAS. Sesi kedua melibatkan program expresi hijau anak muda ke Putrajaya manakala sesi ketiga iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya," katanya.

Susulan itu, Mahfuz menggesa peserta yang hadir supaya memakai berpakaian serba hijau sebagai tanda sokongan kepada program tersebut yang turut menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Walaupun kita hanya mensasarkan jumlah kehadiran seramai 100,000 peserta, saya yakin lebih ramai akan hadir nanti. Kita juga akan pasang skrin di luar stadium," katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh baru muktamar tahunan PAS, Mahfuz berkata ia akan diberitahu kemudian.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan