Bersih 3.0: Anwar, Azmin Akan Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dijangka akan dikenakan tindakan pada Selasa berhubung perhimpunan Bersih pada 28 April.

Pemimpin pembangkang dan Timbalan Presiden PKR dijangka akan didakwa kerana melanggar perintah mahkamah yang menyekat orang ramai daripada memasuki Dataran Merdeka pada hari itu.

Mereka berdua adalah orang pertama didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman yang baru.

Menurut satu writ saman yang disampaikan kepada Azmin, dia dituduh melanggar Seksyen 188, 109 dan 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen 188 merujuk kepada "keingkaran kepada perintah yang telah diisytiharkan oleh penjawat awam", manakala Seksyen 109 dan Seksyen 34 kerana bersubahat dan hasutan.

Notis kepada Azmin menyatakan dia bersama lima yang lain telah berpakat dengan R Tangam, G Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim @ Alias ​​melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan melanggar benteng di sekitar Dataran Merdeka.

Satu notis berasingan menyenaraikan pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, menyatakan Azmin yang mengambil bahagian dalam protes jalanan dengan niat melanggar perintah mahkamah oleh Zaki Asyraf.

Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan kedua-dua mereka telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi, Selasa.

Anwar dan Azmin telah dituduh menghasut orang ramai melanggar benteng selepas klip video muncul menunjukkan kedua-duanya memberi isyarat antara satu sama lain di hadapan tapak bersejarah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan