75 Lagi Peserta Untuk Program ETA Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright, sebuah program untuk meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris di sekolah menengah, dijangka diperluaskan apabila 75 peserta tiba di negara ini, awal tahun depan.

Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones berkata, pada masa ini, kerajaan Amerika Syarikat terlibat dalam proses pemilihan selepas menerima beratus-ratus permohonan, antaranya daripada siswazah universiti, untuk menyertai program sukarela itu.

"Mereka akan tiba pada Januari (2013) dan kumpulan sedia ada akan pulang November ini pada akhir penggal persekolahan. Justeru, kami menimbangkan untuk menambah jumlah sekolah dan berkemungkinan lokasi seterusnya.

"Kami telah mengadakan ETA di Terengganu, Johor dan Pahang, dan kami akan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk melihat sama ada kerajaan ingin memperluaskannya ke negeri lain atau menambah bilangan di negeri sedia ada," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Latihan Pasukan Pengaman Malaysia, di sini Selasa.

Di bawah program itu, siswazah muda dari beberapa universiti di Amerika Syarikat dan mewakili pelbagai bidang utama, ditempatkan di sekolah dalam daerah yang berlainan untuk membantu guru bahasa Inggeris.

Awal tahun ini, sekumpulan 50 ETA Fulbright tiba dan memulakan tugasan selama 10 bulan untuk memperkaya dan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di sekolah menengah di Johor, Pahang dan Terengganu, dengan menyediakan penutur bahasa ibunda sebagai model yang turut menawarkan maklumat dan kefahaman berkaitan masyarakat serta budaya Amerika Syarikat.

Jones berkata, ETA yang memberi ganjaran kepada golongan muda Amerika Syarikat dan pelajar sekolah menengah di sini, dijangka menjadi satu daripada program terbesar kerajaan dengan kerajaan yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat.

Program itu adalah perkongsian komitmen Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memperluaskan program pertukaran rakyat dengan rakyat, antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Program itu ditadbir bersama oleh Suruhanjaya mengenai Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika dan Kementerian Pelajaran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan