UiTM Sedia Tawar Tempat Kepada Pelajar Gagal Ke IPTA

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia menawarkan tempat kepada pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dipilih, melalui satu program khas 'Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia' yang diadakan di seluruh negara.

Naib Canselornya Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata menerusi program itu yang diadakan di sembilan buah negeri setakat ini, universiti berkenaan menawarkan hampir 4,000 tempat kepada pelajar yang memenuhi syarat minimum kemasukan.

"Kita sedia tawarkan 10,000 tempat bagi pelajar mengikuti pengajian di peringkat pra diploma selama 16 minggu terlebih dahulu di kampus cawangan UiTM seluruh negara.

"UiTM dengan kerjasama Gerakan Destini Anak Bangsa akan turun padang melihat pelajar yang tidak mendapat tempat bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mencari dan membantu mereka dalam kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran kemasukan ke UiTM dan sesi taklimat kemasukan menerusi program Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia, yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pondok Moden Jeli, di sini, Isnin.

Sahol Hamid berkata program itu juga selaras dengan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu UiTM menjelajah ke setiap pelusuk termasuk di luar bandar bagi membantu anak-anak bangsa supaya tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata program itu juga adalah untuk menyampaikan aspirasi kerajaan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar dan membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian.

"Program ini akan diperluaskan termasuk ke Sabah dan Sarawak dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedar peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi semakin sengit dan atas beberapa faktor menyebabkan pelajar yang tinggal di luar bandar tercicir.

"Dengan adanya program ini, mereka berpeluang meneruskan pengajian di UiTM dan memilih bidang pengajian yang sesuai di peringkat diploma dan seterusnya ke peringkat ijazah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan