Selangor Ditadbir Bagai Syarikat Korporat - Noh Omar

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Beliau berkata sebagai contoh kerajaan Selangor lebih berminat terhadap penstrukturan semula industri perkhidmatan air, sungguhpun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahu bekalan air untuk rakyat kini berada pada tahap kritikal.

"Mereka sibuk dengan penstrukturan semula tetapi rizab air pada 2.4 peratus sahaja, bila penstrukturan semula siap bekalan air untuk rakyat habis, jadi buat apa buat penstrukturan semula?.

"Kerajaan pusat sedia hendak bina loji air Hulu Langat 2 berharga RM3.6 bilion untuk selesaikan isu air ini tetapi kerajaan Selangor tidak mahu... mungkin kerana projek itu tidak beri keuntungan wang ringgit," katanya kepada pemberita di Batang Kali di sini, Isnin.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan daripada Kelab Putera 1Malaysia berbentuk tilam dan dapur gas kepada 870 keluarga di kawasan Batang Kali dan Serendah yang terlibat dalam banjir kilat pada 7 Mei lepas.

Hadir sama Anggota Parlimen Hulu Langat P Kamalanathan dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Noh berkata selain isu air, kenaikan cukai pintu juga merupakan bukti betapa kerajaan Selangor mementingkan wang ringgit tanpa mengutamakan kepentingan rakyat.

"Dalam menifesto pada pilihan raya lepas mereka kata nak turunkan cukai pintu 20 peratus, tetapi baru-baru ini di beberapa kawasan antaranya Taman Ampang Pecah kadar cukai pintu naik. Jika nak naik (cukai pintu) perkhidmatan semakin bagus tidak mengapa.

"Tetapi perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan seperti pungutan sampah timbul macam-macam masalah. Tidak kah ini menunjukkan bahawa kadar cukai pintu naik adalah untuk kepentingan wang ringgit sahaja?," soal beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan