Sabotaj Parti: Tindakan Tegas Termasuk Lucut Keahlian Sebelum PRU Akan Diambil

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tindakan lebih tegas termasuk dilucut keahlian akan diambil terhadap anggota Umno yang dikesan mensabotaj parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu bertujuan mengelak risiko kehilangan lebih banyak sokongan terhadap parti itu.

Beliau berkata sebelum ini tindakan tata tertib hanya dilakukan selepas pilihan raya berakhir namun ia sudah terlewat untuk mengatasi segala permasalahan yang timbul.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata masalah dalaman parti kebanyakannya berpunca daripada individu yang merasakan mereka layak menjadi calon pilihan raya namun tidak dipilih parti bagi bertanding di sesebuah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Pihak ibu pejabat (Umno) telah meminta tiga nama bagi tiap-tiap kawasan DU Ndan Parlimen dan tidak mustahil dua daripada tiga nama itu akan marah kerana tidak dapat menjadi calon, ditambah pula mungkin ada calon-calon yang datang daripada senarai yang tidak dikemukakan oleh bahagian tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama Kem Terendak di sini, Isnin.

Malah, katanya, mengikut kajian yang dilakukannya, sebanyak 47 kawasan Parlimen di seluruh negara disabotaj anggota parti sendiri pada pilihan raya umum 2008 menyebabkan masalah kehilangan sokongan terhadap parti itu.

Justeru, Ahmad Zahid berkata Jawatankuasa Disiplin Umno kini telah menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan tindakan undang-undang dan tata tertib yang boleh diambil jika terdapat sabotaj oleh anggota parti itu.

Ditanya sama ada tindakan tegas tersebut akan memudaratkan parti itu, Ahmad Zahid berkata mereka yang terlibat lebih baik dipecat daripada melakukan sabotaj sebagai pengajaran kepada anggota parti yang lain.

Beliau menjelaskan anggota parti itu di setiap peringkat perlu mempunyai sifat tanggungjawab dan mengenepikan kepentingan peribadi untuk kebaikan Umno.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menasihatkan anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak melobi untuk menjadi calon pilihan raya umum akan datang.

Katanya kepimpinan parti itu kini sedang meneliti senarai calon dan mendapat maklum balas daripada semua pihak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan