Polis Terengganu Tubuh Unit Ronda Berbasikal Polis Pelancong Pantau Jenayah

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu pada Isnin melancarkan unit ronda berbasikal polis pelancong bagi menjalankan rondaan di kawasan-kawasan tumpuan pelancong di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata antara lokasi yang dironda unit itu ialah Pantai Batu Buruk, Taman Tamadun Islam dan Pasar Payang.

"Sebelum ini kita menggunakan motosikal, berkereta dan berjalan kaki untuk membuat rondaan di kawasan tumpuan pelancong.

"Saya percaya kehadiran anggota polis dengan berbasikal akan memudahkan orang awam terutama pelancong yang mengalami kesulitan mendapatkan maklumat atau bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan pelancaran unit ronda berbasikal polis pelancong di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu, di sini.

Jamshah berkata program itu adalah hasil kerjasama antara Tourism Malaysia Terengganu dan Polis Terengganu bagi membantu merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Pada majlis yang turut dihadiri pengarah Tourism Malaysia Terengganu Nasir Khusairi itu, empat unit basikal disumbangkan oleh Gainway Sales & Service Bicycle Shop kepada Unit Pelancong Polis Terengganu.

Jamshah berkata selain menjaga keselamatan dan membendung kejadian jenayah, unit basikal polis pelancong itu juga akan bertindak membantu dan menyelesaikan masalah orang ramai seperti memberi petunjuk jalan kepada pelancong.

Sementara itu, beliau berkata polis Terengganu akan menubuhkan kelab berbasikal untuk anggota dan pegawai polis yang berkhidmat di negeri ini.

"Keahlian terbuka kepada semua anggota dan pegawai polis dan akan dipimpin oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan