Penyertaan Profesional Dalam Parti Perkara Biasa - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyertaan golongan profesional dalam parti politik adalah perkara biasa yang tidak perlu diperbesar atau diuar-uar, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, Isnin.

Katanya perkara itu juga melambangkan amalan demokrasi di negara ini, yang mana rakyat berhak memilih parti yang mahu mereka sertai.

"Sesiapapun berhak memilih parti mana yang mereka mahu, tidak kiralah golongan profesional atau sesiapa pun, jadi hal ini tidak perlu dihebahkan.

"Dalam Umno pun terdapat ramai golongan profesional tetapi kita tidak mendabik dada dan hebohkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia Peringkat Selangor di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, diminta mengulas mengenai penyertaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari dalam PAS semalam.

Pandangan itu turut dikongsi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang turut hadir pada majlis tersebut.

Majlis dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mengulas mengenai kehadiran kira-kira 2,000 peserta pada majlis itu, Jamil Khir berkata perkara tersebut menunjukkan penerimaan rakyat Selangor terhadap usaha kerajaan dalam menjelaskan keseiringan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dan 1Malaysia.

Selangor merupakan negeri ketiga selepas Kedah dan Negeri Sembilan dalam siri penerangan anjuran Jabatan Perdana Menteri di 14 negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan