Penembusan Jalur Lebar Di Pahang 49.3 Peratus Hingga Februari Lalu

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang pada Isnin diberitahu bahawa sehingga Februari lepas, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di negeri ini ialah 49.3 peratus manakala di peringkat nasional adalah 62.4 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata melalui Inisiatif Jalur Lebar Negara, sasaran untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar setiap isi rumah di Pahang pada hujung tahun ini akan dapat dicapai.

Katanya dalam usaha meningkatkan lagi tahap liputan bermula tahun 2010 hingga 2012, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Inisiatif Pemberi Perkhidmatan Sejagat telah dan sedang melaksanakan beberapa usaha.

Menurut beliau antaranya peruntukan sebanyak 78,600 unit netbook dalam tempoh tiga tahun berkenaan, penyediaan perkhidmatan wi-fi di bawah Program Kampung Tanpa Wayar di 318 lokasi di Pahang dan pembinaan menara selular di mana bagi tempoh 2010 hingga 2012, sebanyak 157 menara akan dibina di seluruh negeri.

"Pada tahun lepas juga kesemua 11 pejabat Penerangan Daerah di negeri ini telah dilengkapkan dengan peralatan teknoloi maklumat dan komunikasi serta prasarana jalur lebar" katanya ketika menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN-Kerdau).

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata sehingga 31 Disember 2011, Yayasan Pahang (YP) telah membelanjakan sebanyak RM678 juta untuk membantu kecemerlangan pendidikan peringkat rendah dan menengah di Pahang.

Katanya daripada jumlah tersebut, sejumlah RM213 juta membabitkan penerima sebanyak 536,477 bagi tujuan pembangunan pendidikan yang meliputi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"YP turut mengadakan pakatan strategik dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN) sebagai pemangkin ke arah pembangunan pendidikan.

"Pelbagai program dianjurkan daripada pakatan strategik itu antaranya memberi fokus kepada pelajar-pelajar tingkatan lima dengan bermatlamat melambakkan anak Pahang ke menara gading," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaili Besar (BN-Panching).

Menurut Adnan, kesan utama program kecemerlangan yang dianjurkan YP menunjukkan perkembangan yang positif iaitu kenaikan kepada 92 peratus pelajar lulus SPM pada 2011 berbanding 73 peratus pada 1996. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan