Paras Simpanan Air Di Selangor Kritikal

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Paras simpanan air di negeri ini berada pada tahap kritikal iaitu 2.5 peratus, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata, simpanan air adalah jauh daripada kadar sepatutnya iaitu sebanyak 20 peratus di mana Selangor bakal berdepan krisis air pada 2014.

Mohd Zin berkata, krisis kekurangan air menjejaskan pelaburan bernilai RM3.8 bilion di negeri itu.

"Isu air adalah amat serius di mana 129 kilang dengan pelaburan bernilai RM3.8 bilion yang mampu mewujudkan 12,300 peluang pekerjaan tidak dapat dibina di sini," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno Selangor di sini, Isnin.

Beliau berkata, negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat itu menolak projek Langat 2 yang menyaksikan air dari Pahang dialirkan ke Selangor kerana mereka bimbang ia akan memberi kepentingan politik kepada BN.

"Singapura tidak mempolitikkan masalah air mereka kerana menganggap ia sebagai keperluan asas dan mempertimbangkan ia sebagai isu keselamatan nasional," katanya.

Beliau berkata, proses penstrukturan semula air iaitu menaikkan tarif dan pembinaan loji rawatan di Hulu Langat merupakan isu berbeza.

Kerajaan negeri menegaskan akan menyelesaikan kesemua isu itu bersama-sama sebelum meluluskan projek pemindahan air tersebut.

"Rawatan air, pengagihan dan tarif adalah dibawah kerajaan negeri. Segalanya bergantung kepada mereka. Pemindahan air adalah lintas-sempadan (antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri) dan kita perlu berbincang mengenainya.

"Jika BN menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang, kami akan menyelesaikan isu ini dengan segera," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Zin berkata Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN menerima banyak panggilan sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Mei lalu.

"Ia meningkat kepada 37 peratus dengan 1,306 panggilan diterima sepanjang minggu sejak pelancarannya," kata Mohd Zin.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan