MCA Tunggu Laporan Rasmi Anggota Bahagian Pengerang Keluar Parti

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: MCA Pusat masih menunggu laporan rasmi daripada MCA Johor mengenai tindakan 10 anggota dari bahagian Pengerang keluar parti itu Jumaat lepas.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata sekalipun sudah dimaklumkan mengenainya, MCA Pusat perlu menunggu laporan rasmi sebelum membincangkannya.

Gan yang ditemui pemberita di sini, Isnin, diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina bahawa kumpulan itu bertindak keluar parti selepas MCA Bahagian Pengerang tidak mengendahkan pandangan mereka berhubung Projek Pembanguan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.

Laporan terbabit juga menyebut 50 lagi anggota MCA dari bahagian itu akan menyusul jejak langkah kumpulan berkenaan tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Gan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata beliau difahamkan tindakan kumpulan terbabit bukan disebabkan isu pampasan, tetapi kerana enggan berpindah dari Kampung Sungai Kapal yang terbabit dalam projek Rapid.

"Saya faham perasaan mereka yang sayangkan kampung kerana telah lama tinggal di situ, tetapi mereka mesti membuat sedikit pengorbanan kerana ini merupakan projek yang bukan hanya penting kepada negeri tetapi negara," katanya.

Projek yang melibatkan pelaburan yang besar itu katanya penting untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk, khasnya generasi akan datang.

"Apa yang kerajaan dapat buat ialah membayar pampasan tanah kepada penduduk kampung mengikut harga pasaran, tapi pada dasarnya tujuan projek itu memang jujur dan murni untuk memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang," katanya.

Gan juga melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak terutamanya pembangkang, yang mempolitikkan isu Rapid dengan menuduh kerajaan sengaja memusnahkan kampung rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan