Hanya 22,270 Sertai Perhimpunan 28 April - Rais - Berita Semasa | mStar

Hanya 22,270 Sertai Perhimpunan 28 April - Rais

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.

Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.

"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.

"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.

Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.

"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.

"Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.

Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.

Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.

"Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan