Cadangan Muzakarah Dengan Umno Ikhlas Walaupun Bersyarat - Nik Aziz

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Isnin berkata cadangannya untuk bermuzakarah dengan Umno adalah ikhlas walaupun bersyarat.

Justeru, Menteri Besar Kelantan itu hairan dengan sikap sesetengah pihak yang meragui keikhlasannya untuk bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk Umno.

"Mereka yang menyatakan sesuatu atas dasar Islam kemudian tidak ikhlas adalah orang munafik," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembinaan kilang sawit tapis antara Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd (SLST), milik anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Modipalm Engineering Sdn Bhd, di sini, Isnin.

Ketua Eksekutif PKINK Mohd Sabri Yusoff mewakili SLST manakala Modipalm Engineering Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Lim Chai Beng.

Nik Aziz yang juga Pengerusi PKINK mengulas kenyataan sesetengah pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mempersoal keikhlasan PAS dalam isu muzakarah itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam, menyarankan supaya PAS tidak meletakkan syarat jika mereka ikhlas mengadakan muzakarah dengan Umno.

Ditanya mengenai sesetengah pemimpin atau penyokong PAS yang tidak bersetuju dengan cadangannya itu, Nik Aziz berkata "itu bukan anggota PAS dan tidak mamahami dasar Islam sebenar".

"Soal siapa yang akan menjadi anggota panel muzakarah, masa, tempat dan caranya, ia terserah kepada jawatankuasa yang dilantik nanti, pokoknya kita bersetuju adakan muzakarah itu," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa hubungan persepakatan politik antara PAS dan DAP juga ada syarat-syarat tertentu, namun ia tidak diketahui umum.

Nik Aziz turut membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahukan PAS tidak meletakkan sebarang syarat apabila ingin mengadakan muzakarah kerana parti itu tidak mengenakan sebarang syarat apabila bergabung dalam pakatan pembangkang dengan DAP.

"Dia (Dr Mahathir) mana tahu kita ada syarat tertentu apabila mengadakan hubungan kerjasama politik dengan DAP," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan