TPM Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Nasharudin Mat Isa

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini.

Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.

Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik.

Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan