'Tiada Tosai' Untuk Timbalan Ketua Polis Negara Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar tidak mendapat tosai telur yang sebelum ini dijanjikan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) WargaAman.

Khalid mengucapkan terima kasih kepada kumpulan itu kerana mendengar nasihat agar tidak menubuhkan gerai di sepanjang jalan utama.

"Saya memberitahu mereka bahawa tidak perlu hanya membawa tosai telur kepada saya," kata Khalid, Ahad.

WargaAman, yang terdiri daripada 20 kumpulan NGO telah merancang untuk membuka gerai tosai di luar rumah Khalid di Ampang pada Ahad "untuk mempromosikan makanan warisan negara" selepas Khalid menyindir bahawa beliau akan berasa gembira untuk menyertai parti tosai.

Setiausaha Agung WargaAman, S. Barathidasan berkata selepas memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan membuka gerai tosai, kumpulan ini, pada Jumaat dapat berhubung dengan Khalid dan memberitahunya bahawa mereka sendiri akan menyerahkan tosai kepadanya.

Sebelum itu, beberapa pihak, termasuk Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, menyeru WargaAMAN agar tidak meneruskan "protes tosai."

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan